Gagal Raih Thomas Cup, Netizen Banding Ucapan di Posting IG Lee Chong Wei & Taufik Hidayat

Entertainment
18 May 2022 • 11:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kehangatan bahang Piala Thomas baru sahaja berakhir, kita dapat menyaksikan kejutan tahun ini apabila pasukan badminton India meraih tempat pertama dan menjulang Piala Thomas buat pertama kalinya sejak diadakan.

Sebelum ini, India pernah melayakkan diri di pentas separuh akhir Piala Thomas pada tahun 1979 tetapi dikalahkan oleh Denmark.

Tahun ini, Piala Thomas diadakan di Bangkok, Thailand dan terdapat 16 pasukan yang bertanding. Sudah pastinya, tahun ini kita mengharapkan sirih pulang ke ganggang selepas memenangi Thomas Cup 30 tahun lepas pada 1992.

Bagaimanapun, pasukan Malaysia tersungkur di peringkat suku akhir apabila tewas dengan pasukan India.

Lagenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dalam laman Instagramnya mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton tanah air atas pencapaian yang amat membanggakan.

Selain mengucapkan tahniah, Lee Chong Wei juga berpesan untuk mengambil kekalahan ini sebagai pengajaran dan mengatur strategi yang lebih baik. Bekas pemain nombor satu dunia itu juga menyatakan yang beliau yakin dengan skuad badminton tahun ini.

Lain pula ceritanya dengan pemain badminton lagenda daripada Indonesia, Taufik Hidayat. Dalam sebuah posting di Instagramnya, dia juga mentitipkan ucapan tahniah kepada pasukan badminton Indonesia yang berjaya meraih pingat perak tetapi dalam kapsyennya dia juga menghentam Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI).

“Adakah Indonesia tidak mempunyai jurulatih yang lebih baik dan lebih berkelayakan? Berapa lama anda mahu begini PBSI?” tulisnya.

“Teringin jadi jurulatih ke?”

Perbezaan ucapan dua lagenda badminton itu pastinya menarik perhatian netizen. Ramai yang merasakan Taufik Hidayat sepatutnya menyokong pasukan nasionalnya itu dan bukan menghentam prestasi mereka atau jurulatih.

Bagaimanapun, ada juga netizen Indonesia yang bersetuju dengan penyandang pingat emas Olimpik 2004 itu.

image is not available

Apa-apa pun tahniah kepada semua atlet yang dah banggakan negara!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.