“Cukup-cukup lah overclaim” – Dr Rafidah Jawab Tuduhan Hina Selebriti Jual Produk

Politics
30 May 2022 • 5:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil telah menumpukan perhatiannya kepada Dr Rafidah dalam kelantangannya menegur artis-artis yang mempromosikan iklan produk kesihatan.

Bagi Pak Nil, beliau hormat pandangan Dr Rafidah malah pihak artis juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai produk yang ingin dihasilkan.

Bagaimanapun, Pak Nil meminta agar jangan hina artis kerana mereka memerlukan sumber pendapatan, lapor mStar.

‘Hina’ selebriti promo produk? – Dr Rafifah.

Susulan dengan kenyataan itu, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil memberikan respon berkenaan isu ini menerusi TikTok miliknya.

Dalam penjelasannya itu, Dr Rafidah kongsikan petikan daripada sebuah berita dimana seorang aktres di China telah disaman RM 4.7 juta kerana overclaim produk yang kononnya boleh menyerap minyak, gula dan lemak.

“Walhal di Malaysia, kita pengamal perubatan dikecam bila ‘menegur’ artis/selebriti promo produk SAMPAH dan OVERCLAIM. Katanya tutup periuk nasi, menghina.”

Dalam pada itu, Dr Rafidah juga memberi amaran agar mana-mana pihak yang ingin mempromosikan kesihatan untuk tidak sentuh mengenai hal kesihatan kerana sebagai pengamal perubatan, Dr Rafidah sering melihat kesengsaraan pengguna setiap hari.

“Cukup-cukuplah OVERCLAIM, lepas itu sebut pekataan-perkataan menunggang agama. Saya beri amaran : JANGAN sebuh/sentuh tentang kesihatan. Kami melihat kesengsaraan setiap hari. Tolonglah.”

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.