“Lebih Mantap..” – Norman Hakim Tayang ‘Body’ Dalam Filem, Nam Ron Kongsi Gambar Tak Berbaju

28 May 2022 • 9:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini muncul kontroversi apabila foto sedutan filem Tiga Janda Melawan Dunia yang memaparkan aktor Norman Hakim separuh bogel sehingga menjadi tular di media sosial.

Berikutan itu, pelakon berkaliber Nam Ron dilihat turut mencuri perhatian ramai apabila dia turut berkongsi gambar tidak berbaju di Instagram miliknya.

Nam Ron dalam hantaran tersebut mengakui badan Norman Hakim sememangnya ‘sado’ dan mantap ketika menjayakan filem terbarunya itu.

Namun begitu, pelakon filem Bunohan itu sempat berseloroh bahawa dia lebih mantap dan ‘sado’ berbanding Norman Hakim.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat terhibur akan hantaran Nam Ron yang berseloroh itu.

image is not available

Sumber : Google  

Kata netizen, Nam Ron ‘tak nak kalah’ nampaknya!

Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen di mana Norman Hakim dilihat menayang tubuh sasanya di hadapan tiga pelakon senior iaitu Raja Azura, Normah Damanhuri dan juga Khatijah Tan.

Ia sekaligus mengundang cakap-cakap warga maya apabila ramai menempelak suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu yang sering menunjukkan susuk tubuh badan sejak kebelakangan ini.

image is not available 5 hari lalu

"Anak Sekolah Tahfiz, Ayahnya.." - Netizen Kecam Norman Hakim Tayang Badan 'Sado'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved