“Anak Sekolah Tahfiz, Ayahnya..” – Netizen Kecam Norman Hakim Tayang Badan ‘Sado’

Entertainment
25 May 2022 • 3:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan di muat naik oleh seorang pengguna yang memaparkan pelakon, Norman Hakim sedang menayang tubuh badannya dihadapan pelakon wanita lain.

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan gambar tersebut diambil untuk salah satu babak didalam filem lakonan terbarunya iaitu Tiga Janda Melawan Dunia.

Malah, turut berada didalam gambar tersebut, pelakon veteran, Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura yang seolah-olah kagum melihat tubuh badan sasa Norman.

image is not available

Astaghfirullahalazim, cuba kalau benda macam ni terjadi pada kaum wanita, malu weh tsk tsk tsk.

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan kesemua pelakon itu yang dianggap memalukan.

Aku ingat si norman ni dah jadi warak. Rupanya tidak. – Netizen.

Agak-agak la nak tunjuk badan pun, lelaki la paling senang nak jaga aurat itu pun tak terjaga, nak tunjuk body sangat ke, orang cari rezeki biar berkat.. fikir la sikit guna kepala otak,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) "Dah Agak Dah" - Kes 'Influencer' Bergaduh Sebab Duit Palsu, Akhirnya Mengaku Hanya 'Marketing'