Hanyut Lebih 100 KM, Remaja Hilang Di Keningau Ditemui Di Beaufort

11 May 2022 • 11:43 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai di Keningau ditemui selepas tiga hari di Beaufort. - Gambar ihsan JBPM

BEAUFORT - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Keningau, Sabtu lalu, ditemui di Sungai Padas, Kampung Labi Gadong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Al-Sharil, 16, ditemui terapung oleh orang ramai selepas dipercayai hanyut lebih 100 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, terdahulu mangsa dilaporkan hilang ketika mandi di sungai Kampung Baru Durok, Keningau pada 7 Mei lalu.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan satu mayat jam 5 petang semalam.

“Sehubungan panggilan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dikejarkan ke lokasi untuk melakukan pemantauan,” katanya menerusi kenyataan.

Sebaik tiba di lokasi, operasi mengambil mayat mangsa dijalankan, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mayat kemudian dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat, termasuk bagi mengetahui punca sebenar kematiannya. - Getaran, 11 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved