Cuti Hari Pekerja dibawa kepada Rabu: PM

2 May 2022 • 8:46 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada hari Rabu, 4 Mei selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri yang jatuh pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

Beliau berkata gantian cuti Hari Pekerja secara automatik tidak terpakai untuk negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada Ahad kerana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri berkenaan.

“Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti,” katanya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (2 Mei).-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved