[VIDEO] Cikgu Sebak Murid Hadiahkan 3 Biji Kismis Berbungkus Kertas Buku Siap Berstapler Sempena Hari Guru

Entertainment
20 May 2022 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dah jadi tradisi bila tiba sahaja sambutan Hari Guru, mesti ramai murid yang akan tak sabar-sabar nak bagi hadiah kepada guru kesayangan mereka sebagai tanda menghargai pengorbanan dan penat lelah mengajar.

Ada sesetengah murid yang sanggup kumpul dan menggunakan duit simpanan semata-mata untuk membelikan hadiah yang mahal buat guru mereka contohnya seperti coklat, bunga, hamper dan banyak lagi.

Namun, berbeza pula dengan murid yang kurang berkemampuan untuk beli hadiah tapi berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan penghargaan buat guru mereka. Perkara ini dikongsikan oleh seorang guru di TikToknya @qishfavouritethings yang memuat naik satu video tentang hadiah anak muridnya yang sangat menyentuh hati.

Rasa nak menitik air mata, murid bagi 3 biji kismis

Dalam video tersebut, guru tersebut yang lebih dikenali sebagai Balqish tidak menyangka yang dia menerima hadiah 3 biji kismis oleh anak muridnya. Apa yang lebih mengharukan lagi bila kismis tersebut kemas dibungkus dengan menggunakan kertas dari buku sekolah siap berstapler lagi.

Guru tersebut juga menambah yang tidak mengapa sekiranya murid tersebut tidak bagi hadiah tapi cukuplah balas jasa guru dengan kejayaan dalam pelajaran.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang turut sama sebak dan kagum dengan murid terbabit dengan mengatakan bahawa walaupun dia tidak berkemampuan untuk berikan hadiah yang mewah kepada guru, namun keikhlasannya adalah yang paling penting.

image is not available

Jadinya korang, guru sebenarnya tak mengharapkan hadiah pun, mereka cuma nak kita berjaya dan jadi insan berguna untuk masa akan datang!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.