Suk Won pemain pertama tinggalkan Sang Kenari

28 May 2022 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PERTAHANAN import Kedah Darul Aman (KDA) FC dari Korea Selatan, Jang Suk Won menjadi pemain pertama meninggalkan pasukan tersebut pada jendela perpindahan pemain kedua Liga Malaysia 2022 yang bermula Sabtu.

Kelab tersebut melalui Facebook rasminya pada Sabtu memberikan penghargaan kepada pemain tersebut atas keringat yang diberikan sejak awal musim ini.

Menurutnya, KDA FC dan Suk Won telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal selepas mempertimbangkan permohonan pemain tersebut bagi mendapatkan rawatan pemulihan jangka panjang.

"Walaupun bermula baik di saingan awal Liga Super, beberapa siri kecederaan pemain dan bergelut dengan prestasi semasa, slot Asia akan diisi oleh pemain baharu dalam masa terdekat bagi mengisi slot yang dikosongkan," katanya.

Kenyataan itu berkata, Suk Won juga telah kembali ke Korea Selatan pada Jumaat dan sempat mengucapkan salam perpisahan bersama rakan sepasukan.

Pemain tersebut menjadi pemain Korea Selatan ketiga beraksi Sang Kenari selepas Bang Seung Hwan dan Namkung Wong.

Sebelum ini, pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak mengumumkan Suk Won antara pemain import yang bakal digugurkan selepas pemain itu memohon untuk mendapatkan rawatan atas kecederaan yang dialaminya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved