Peniaga Kekal Harga Roti Canai 50 Sen Meski Harga Barang Naik, Niat Berniaga Sambil Sedekah

Entertainment
29 May 2022 • 5:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun Malaysia mengalami isu kenaikan harga barang dan kekurangan bekalan, seorang peniaga roti canai di Bukit Katil, Melaka masih mengekalkan harga 50 sen sekeping bagi roti canai.

Mustafa Abd Latif,58, berkata dia bersama isteri mula berniaga pada tahun 2001 dan masih mengekalkan harga yang sama meskipun sudah berniaga selama 22 tahun. Harga buat roti telur dan roti planta pula adalah RM1.

image is not available

Jelas peniaga berhati mulia ini, dia akan terus menjual roti canai dengar harga sebegitu kerana niatnya sejak dari dulu adalah mahu berniaga sambil bersedekah.

Dalam sehari, Mustafa akan menebar lebih 200 keping roti canai, dan jumlah itu akan meningkat sehingga 500 keping apabila tiba cuti hujung minggu atau cuti umum.

image is not available

Sebelum ini, dia berniaga roti canai di Bandar Hilir, sebelum berpindah ke Bukit Katil dengan kadar sewaan sebanyak RM480 sebulan sejak 11 tahun lalu.

Untuk rekod, Mustafa masih mengekalkan dua jenama tepung gandum yang sudah biasa digunakan dan tidak mahu menggunakan jenama lain untuk menjaga kualiti roti canai agar kekal lembut meskipun sudah sejuk.

Kredit: Sinar Harian

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.