“Kalah orang dapat KWSP” – Anak Neelofa Dapat Duit Raya Sampai RM14k?

Entertainment
9 May 2022 • 3:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masa kecik dulu kumpul duit raya adalah benda yang paling dinanti-nantikan. Mana taknya, time tu lah dapat merasa nak pegang duit sendiri. Sekarang ni tumpang excited anak je lah tolong kirakan duit raya dorang.

Baru-baru ni, anak kepada pasangan Neelofa dan Haris, Muhammad Bilal telah mendapat perhatian ramai bila ibunya yang juga bekas pengacara telah memuat naik sesi mengira duit raya.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok Neelofa ini, dapat dilihat pasangan ini telah memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang diterima oleh anak sulung mereka itu ketika menyambut Syawal pertamanya.

Dapat dilihat terdapat banyak susunan duit yang rata-ratanya terdiri daripada wang kertas RM100. Dalam video ini juga Neelofa turut mengatakan jumlah duit raya yang diterima oleh anaknya itu adalah sebanyak RM14,000! Wow, dahsyatttt

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat duit raya yang diterima oleh Bilal ini lebih-lebih lagi bila jumlahnya lagi banyak dari wang KWSP yang boleh dikeluarkan sebelum raya haritu.

image is not available

Seronoknya, baru pertama kali beraya dah dapat duit raya banyak macam tu. Memang rezeki Bilal betullah.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.