Tips melancong dalam negeri dengan harga murah

30 May 2022 • 8:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Tips melancong dalam negeri dengan harga murah

Photo by sergio souza from Pexels

Musim cuti perayaan atau cuti sekolah adalah masa paling sesuai untuk melancong bersama keluarga atau rakan kita. Masa yang ada digunakan untuk aktiviti kekeluargaan dan rekreasi. Akan tetapi ia juga bergantung kepada bajet dan kemampuan kita. Bagi pendapat saya, negara kita juga mempunyai tempat peranginan dan destinasi pelancongan yang sangat menarik. Jika boleh, menyokonglah sektor pelancongan negara kita dengan membuat kunjungan secara domestik dahulu kerana banyak lagi tempat yang mungkin kita belum pergi untuk tujuan pelancongan.

Dengan adanya teknologi kini, kita boleh mencari tempat yang sesuai dengan membuat kajian terperinci dengan pelbagai aspek. Kita boleh berjimat dengan membuat pilihan tepat dan baik. Saya ingin kongsikan cara untuk berjimat serba sedikit dapat membantu para pembaca semua.

Membuat pesanan hotel atau homestay

Kini banyak laman sesawang dan aplikasi yang ada untuk kita mencari pilihan terbaik untuk tempat penginapan pelancongan kita. Kita harus membuat perancangan awal lebih kurang dua atau tiga bulan sebelum tarikh penginapan untuk mendapat harga yang lebih murah dari biasa. Aplikasi yang paling terbaik adalah AirBNB. Tempat penginapan yang ekslusif dan moden tetapi harga yang murah dan berpatutan.

Tiket taman tema atau tempat lawatan

Bagi kemasukan taman tema pula, tiket selalunya kita akan beli di kaunter tiket apabila sampai disana, betul ? Korang semua boleh tukar cara untuk membeli dengan membuat semakan di laman sesawang rasmi taman tema tersebut atau buat carian di Facebook jika mereka mempunyai agen tiket yang sah. Kadangkala tiket dijual dalam talian dan ejen tiket jauh lebih murah kerana mereka mempunyai promosi dan pakej untuk kita.

Membeli stok makanan

Stok makanan boleh dibeli terlebih dahulu untuk menjimatkan kos kerana membeli di lebuhraya atau kedai serbaneka 24jam sangat mahal dan berbeza harganya. Stok makanan ini adalah untuk makan lewat malam atau sarapan pagi sahaja sebelum kita keluar berjalan atau apabila sudah berapa di homestay. Stok makanan ringan, kordial, atau mee segera sangat penting untuk alas perut sebelum keluar berjalan.

Selamat berjimat semua!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.