“Kau tanggunglah dosa” – [VIDEO] Wanita Berang Ditipu Penjual Dapat Inai Tak Mesra Wuduk

Entertainment
18 May 2022 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Wanita dan kecantikan semestinya tak dapat dipisahkan kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk berhias bagi nampak cantik di mata orang sekeliling. Ini termasuklah menghiaskan kuku mereka dengan memakai inai.

Pemakaian inai pada masa kini dipakai bukan sahaja bagi pengantin yang ada majlis perkahwinan atau perayaan tapi boleh dipakai oleh mana-mana wanita. Sekiranya seseorang wanita ingin pakai inai, mereka hendaklah pastikan ia mesra wuduk dan boleh dipakai sewaktu menunaikan solat.

Baru-baru ini, tular di TikTok @farhanazahra91 ada memuatnaik satu video dengan mengatakan dirinya telah ditipu oleh seorang penjual inai terkenal yang mendakwa produk tersebut sah dibawa solat.

@farhanazahra91

Cuba kikis inai korang, jadi putih x? Lau jadi putih tu xsah la wuduk kan mengikut kata @ustazahasmaharun

♬ original sound – Siscafellicia – yoora_sarah

Dakwa inai mesra wuduk tapi sebenarnya tak

Dalam video tersebut, wanita yang lebih dikenali sebagai Farhana Zahra ini cuba mengikis inai yang dipakainya bagi mengetahui kebenaran sama ada ia benar mesra wuduk atau tidak. Bagaimanapun, Farhana mendedahkan yang inai tersebut sebenarnya tidak sah.

Kikis inai, kuku jadi putih tak sah dari segi hukum – Pesan Ustazah

Pada masa yang sama, wanita itu teringat akan pesanan Ustazah Asma’ Harun iaitu pendakwah terkenal yang mengatakan sekiranya pengguna mengikis inai tersebut dan mendapati kuku mereka menjadi putih dan bukannya oren, ia sebenarnya menjadikan wuduk seseorang tak sah dari segi hukum.

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen meluahkan kerisauan apabila melihat wanita itu mengikis kukunya bagi membuang inai tersebut. Ada juga netizen yang rasa takut pakai inai seperti ini yang boleh membuatkan kuku rosak.

image is not available

Lepasni kita kena hati-hati bila beli inai takut nanti tak sah solat pula!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.