Pondok Telefon Awam Terakhir Di New York Dipindahkan, Bakal Masuk Muzium

29 May 2022 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Disebabkan zaman sekarang ni semua orang tak kira tua atau muda dah miliki telefon pintar sendiri, jadi penggunaan telefon awam pun dah tak diperlukan lagi. Kalau masih ada pun, pelajar sekolah yang tinggal di asrama je la yang tetap guna untuk telefon mak ayah.

Di bandar raya New York, Amerika Syarikat pula, pondok telefon awam terakhir di sana akhirnya telah dialihkan dari kawasan kaki lima berdekatan Times Square baru-baru ini, lapor The Guardian.

image is not available

Difahamkan, bandar raya berkenaan mula mengalihkan pondok telefon awam bermula 2015 di mana ia telah digantikan dengan kiosk LinkNYC yang menyediakan sambungan Wi-Fi, tempat cas telefon bimbit dan panggilan domestik percuma.

image is not available

Pondok telefon awam yang dialihkan tadi pula dikatakan akan dihantar masuk ke muzium untuk dijadikan bahan pameran kepada generasi akan datang yang tidak pernah menggunakan telefon awam.

Buat masa sekarang, hanya beberapa pondok telefon berbayar sahaja yang masih ada di sekitar New York.

Untuk pengetahuan semua, sebelum era digital, New York pernah menempatkan lebih 6,000 pondok telefon awam untuk kegunaan penduduk bandar raya berkenaan.

Dekat Malaysia pun dah makin takde dah pondok telefon ni, kalau ada pun mesti dah rosak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.