(VIDEO) “Kau Nak Marah Pasal Apa?” – Netizen Kecam Lelaki Nak Hempuk Kereta Lepas Kena Hon

30 May 2022 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang lelaki yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai, Seremban.

Menerusi video rakaman dashcam tersebut, dilihat lelaki berkenaan seolah-olah mahu menghempuk kenderaannya menggunakan pouch bag dipercayai kerana berang selepas kenderaan itu membunyikan hon.

Menurut laporan Mstar, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Wahab Hamzah berkata dia telah meminta isteri yang sedang memandu untuk membunyikan hon bagi memberi amaran kepada lelaki itu yang berada di luar garisan putih.

image is not available

Nak lepak-lepak ambik gambar tak kisah tapi jaga la had tu.. ni bukan taman rekreasi atau open house makcik kau..

Malah, dia turut tidak menyangka lelaki itu memberi tindak balas seperti samseng dan mahu menghempuk keretanya dengan objek sedangkan dia bukannya mahu mencari gaduh.

Orang hon tu bagi kau peringatan.. kau nak marah sampai nak hempuk kereta orang pasal apa..

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya dan membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Dah kena langgar baru tahu. – Netizen.

Tadi aku pun kena. Aku lalu beberapa minit je dari korang awal. Ada ke dari tepi masuk tengah jalan kita kena break untuk dia,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) "Kau Ni Menyusahkan Aku!" - Selamba Pukul Anak Dalam Bas, Wanita Dikecam Netizen