“Beras Aku Beli Kut?” – Gian Nak Lepak Dengan Kawan, Suami Anggap Isteri Tak Pandai Jaga Anak

Entertainment
17 May 2022 • 4:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna yang memaparkan gambar tangkap layar status WhatsApp daripada seorang lelaki dipercayai berstatus suami telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi hantaran tersebut, suami itu dilihat berang kerana sering tidak dapat keluar bersama rakan-rakan dan menganggap dia sudahpun melunaskan tanggungjawab dengan menyediakan makan minum untuk keluarga.

Lebih menyedihkan, dia turut mendakwa isterinya tidak pandai menjaga anak mereka dan seolah-olah ‘lepas tangan’ kerana terlalu gian ingin keluar melepak dengan rakan-rakannya.

Kerja siang malam cari duit untuk keluarga. Beras aku beli kut? Aku pun nak masa untuk chill dengan kawan-kawan.

Selepas hantaran tersebut tular, lelaki itu sekali lagi memuat naik hantaran status WhatsApp dan mengatakan orang ramai sengaja menularkan kisahnya di media sosial.

Lantak kau lah! aku tahu aku betul. Memang tanggungjawab bini lahirkan anak dan jaga anak luar dalam, aku nak santai dengan kawan-kawan.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki itu yang lebih mengutamakan rakan-rakan berbanding keluarga sendiri.

Wahh sedap betul mulut tu… Nak lepak lama-lama tak payah kahwin lagi. – Netizen.

Sedihnya kalau ada husband macam ni, takkan tak sedar kalau kita dah nikah, kita takkan dapat balik kehidupan remaja kita, terutama bila dah ada anak,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Tu Kawasan Orang Beribadah Tau!" - Kru Produksi 'Tangkap' Pasangan Buat 'Projek' Dipuji Netizen