Kru kapal layar dikhuatiri lemas

12 May 2022 • 12:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang juga kru sebuah kapal layar dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada sebuah bot di perairan Kuah, Langkawi petang tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, maklumat diterima daripada orang awam berhubung kejadian itu lebih kurang pukul 6.15 petang yang menyatakan seorang lelaki disyaki terjatuh ke dalam perairan berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim berumur 23 tahun dan bekerja sebagai kru Sunset Dinner Cruise yang berasal dari Alor Setar," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Shariman berkata, berdasarkan siasatan awal dan temu bual dengan rakan sekerja mangsa mendapati dia dipercayai terlewat hadir tugas dan kapal layar yang sepatutnya dinaiki berlepas pada pukul 4.30 petang sekali gus membuatkan lelaki itu cuba mengejar kapal layar itu dengan menggunakan bot kecil.

"Pada lebih kurang pukul 5.00 petang, sebuah bot pemancing yang pulang dari Pulau Bumbun menghala ke Yacht Club telah menemui bot kecil tanpa orang dan mendapati sepasang selipar serta satu topi terapung berhampiran bot kecil berkenaan, lalu mendapatkan pertolongan rakan. Seterusnya mereka menghubungi pihak polis," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada pukul 8.50 malam tadi memandangkan hari telah pun gelap dan akan disambung esok.

"Operasi mencari dan menyelamat ini telah dijalankan oleh pasukan polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, bomba dan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved