“PM layan Stranger Things ke?” – Baju Sama Dengan Pelakon Netflix, Ismail Sabri Jadi Perhatian Netizen

Entertainment
27 May 2022 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam kecoh di Twitter apabila siri popular Netflix, Stranger Things dikatakan bakal menemui peminat untuk musim keempat, 27 Mei ini.

Siri ini mengisahkan sekumpulan remaja menjadi saksi kuasa ghaib dan rahsia kerajaan. Ketika sedang dalam pengembaraan penuh cabaran itu, kumpulan remaja tersebut merungkai satu siri misteri yang luar biasa.

Netflix Malaysia telah memuat naik sebuah video teaser untuk siri drama tersebut yang memaparkan pelakon siri tersebut memberitahu ‘sesuatu’ akan berlaku di The Rift, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah pelakon siri tersebut iaitu Caleb McLaughlin yang memegang watak Lucas Sinclair memakai baju kemeja yang sama dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri.

image is not available

“Ada cameo dalam season baru ke?”

Perkara yang luar jangkaan itu menarik perhatian ramai netizen malah ada juga yang spill harga dan jenama baju tersebut. Fuh!

image is not available

Difahamkan, Ismail Sabri memakai baju tersebut dalam pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari Singapura di Tokyo pada hari Rabu lepas.

Baju tersebut sebelum ini menjadi buah mulut netizen kerana dikatakan berjenama Burberry, ia merupakan jenama mewah dari London, England dan sehelai baju itu mencecah harga RM5,500!

image is not available

Sekali betul, PM Ismail Sabri ada cameo dalam Stranger Things S4! Haha

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article