Cuaca Aidilfitri Pertama, Kedua Dijangka Tidak Ekstrem

1 May 2022 • 11:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
MET Malaysia menjangkakan tiada cuaca ekstrem terjadi semasa Hari Raya Aidilfitri ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan tiada cuaca signifikan serta ekstrem terjadi pada sambutan Aidilfitri pertama dan kedua 2022.

Bagaimanapun, kejadian ribut petir masih dijangka berlaku di beberapa negeri.

Menurut Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MET Malaysia, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku ribut petir. 

“Pada 3 Mei, pagi hujan di satu dua tempat di kawasan pantai di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah (Kudat dan Sandakan). Tempat lain tiada hujan.

“Petang hujan dan ribut petir di beberapa tempat di barat Sabah, Labuan dan utara Sarawak, manakala hujan serta ribut petir di satu dua tempat di Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu dan barat Sarawak. Tempat lain tiada hujan.

“Malam hujan di satu dua tempat di Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (pedalaman) serta Sarawak (Miri dan Limbang). Tempat-tempat lain tiada hujan,” katanya menerusi kenyataan di laman sesawang MET Malaysia.

Katanya, pada pagi 4 Mei, hujan dijangka di satu dua tempat di pantai Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Kudat dan Sandakan di Sabah.

Hujan dan ribut petir juga katanya, diramalkan berlaku di satu atau dua kawasan di Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Labuan. 

“Malam hujan di satu dua tempat di Sabah (pedalaman dan Pantai Barat) serta Sarawak (Kapit, Miri & Limbang). Tempat lain tiada hujan,” katanya. – Getaran, 1 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved