Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Cars
13 May 2022 • 11:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton Saga 2022 telah dilancarkan. Sebahagian besarnya dilihat sebagai facelift dan adalah facelift kedua sejak tahun 2016. Ini adalah 7 perkara yang perlu anda tahu tentangnya.

1.    Harga bermula RM34,400

Berikut adalah senarai harga semua varian Proton Saga MC2 yang diumumkan tempoh hari:

  • 1.3L Standard Manual RM34,400
  • 1.3L Standard Automatic RM38,300
  • 1.3L Premium Automatic RM41,300
  • 1.3L Premium S Automatic RM44,300

image is not available

Harga yang disenaraikan di atas adalah untuk pasaran Semenanjung Malaysia tanpa insurans dan telah ditolak pengecualian cukai jualan yang ditawarkan sehingga 30 Jun 2022. Berbanding siri terdahulu, anda akan dapati ada peningkatan sehingga RM4,000.

image is not available

2.    Ada varian baharu, Premium S

Pada sudut, sebahagian besarnya masih tidak berubah berbanding interior siri terdahulu. Antara yang berubah adalah grill depan yang adan calitan merah macam Proton X50 serta mendukung logo Proton baharu dan logo yang sama hadir pada stereng.

image is not available

Varian Premium S tampilkan lebih banyak tona warna merah untuk membankitkan kontras di dalam kabin. Kalau anda masih ingat, gaya rekaan ini dibawakan proton pada Saga edisi Ulangtahun ke-35 dulu.

Premium S juga dilengkapi kerusi separa kulit yang memberikan gaya premium padanya. Anda turut akan perasan yang bahagian stereng akan ada kesan jahitan berbenang merah beserta kemasan hitam di bahagian siling kereta.

Varian Premium dan Premium S menerima tayar 15" dengan rim jenis aloi. Untuk rujukan, model bukan premium bergerak di atas tayar 14".

3.    Sistem infotainment baharu, tapi hanya untuk Premium ke atas

Saiz paparan infotainment Proton saga adalah sama besar merentasi varian iaitu 7". Namun, sistem operasi baharu digunakan pada infotainment Premium dan ke atas. Menurut Proton, ia kini menyokong screen mirror untuk Android dan iOS beserta ciri audio Bluetooth yang lebih baik kualitinya.

image is not available

Varian selain Premium pula menerima sistem operasi daripada siri tahun 2019. Panel kawalan pendingin hawa juga diperkemas. Kini hanya tinggal dua tombol, nampak lebih minimalistik.

image is not available

4.    Cermin sisi bermotor dan butang buka but di kunci kereta

Semua varian Proton siri 2022 kali ini hadir dengan cermin sisi yang ada lampu isyarat terintegrasi padanya dan ia boleh dilipat menggunakan motor.

image is not available

Sama seperti varian 2021, varian 2022 juga ada butang untuk membuka but di kunci kereta.

5.    Keyless entry dan butang push-start

Proton Saga 2022 kini lebih moden. Akhirnya pengeluar kenderaan ini memperlengkap salah satu varian siri tahun ini dengan keyless entry dan butang push-start. Hanya Premium S sahaja menikmati kemudahan ini.

image is not available

6.    Ciri keselamatan masih ketinggalan dibelakang Perodua Bezza

Malangnya, Proton masih gagal untuk menambah baik ciri keselamatan pada Proton Saga untuk sebaris dengan Perodua Beza. Di pesaingnya, ia dilengkapi Advanced Safety Assist 2.0 seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) dan beberapa ciri lain. Semua varian Saga 2022 ada 2 beg udara, ABS, EBD, BA.

image is not available

7.    Enjin dan transmisi yang sama

Di bawah bonet, Proton Saga 2022 masih kekalkan enjin 1.3L yang sama. Ia hasilkan 95hp dengan tork pada paras 120Nm. Kelengkapan transmisi 4 kelajuan masih dibekalkan Hyundai-Kia. Sungguhpun begitu, Proton katakan yang edisi 2022 adlaah lebih baik hasil penggunaan tayar berkualiti tinggi.

image is not available