Persiapan Awal Sambut Aidilfitri

2 May 2022 • 10:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hari Raya akan lebih meriah dengan hiasan pelita. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Ketika Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang berbaju Melayu berwarna ungu mengumumkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari ini, sehari lebih awal dari jangkaan, ramai yang tidak bersedia.

Rata-rata di media sosial ada yang mengeluh kerana masih lagi belum habis melakukan persiapan Aidilfitri, namun bagi keluarga Tabri Mohd Aris di Kampung Endah, Banting, mereka sudah bersedia lebih awal. 

Mereka telah melakukan persediaan dari awal bagi menyambut Aidilfitri dan memudahkan sanak-saudara yang akan pulang ke kampung dari bandar.

Malah dalam sibuk berkemas, mereka tetap meneruskan identiti masyarakat berkampung dengan meneruskan tradisi masyarakat Jawa iaitu 'Munjung'.

Tradisi yang menjadi amalan sejak dahulu dengan bertukar juadah yang dimasak kepada saudara dan jiran kini lebih selesa dan bebas dilakukan selepas negara beralih ke fasa endemik Covid-19.

Bagi keluarga Tabri, sambutan hari raya kali ini penuh bermakna kerana dapat berhimpun bersama anak beranak, selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

Jurufoto Getaran, AZIM RAHMAN, berada bersama-sama keluarga Tabri meninjau persiapan yang mereka lakukan baru-baru ini. - Getaran, 2 Mei 2022

image is not available
Bagi Nuraini Ahmad Supan, menukar langsir merupakan acara 'tradisi' setiap kali tibanya Aidilfitri.

image is not available
Keluarga Tabri sibuk mengemas rumah bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri

image is not available
Tabri Mohd Aris (tengah) bersama isterinya, Noraini Ahmad Supan dan anak mereka, Afiq Ibtisam menganyam ketupat di bawah rumah.

image is not available
Bukan semua orang mempunyai kemahiran untuk menganyam ketupat.

image is not available
Setiap kali tibanya Aidilfitri, penjual daging tidak menang tangan.

image is not available
Hidangan tradisi rakyat Malaysia setiap kali Syawal adalah ketupat nasi.

image is not available
Tradisi Munjung dikekalkan sempena Hari Raya untuk mengeratkan silaturrahim.

image is not available
Muhammad Rezqy Adli Syam Tabri menyediakan pelita sebelum digantung di halaman rumah.

image is not available
Afiq Ibtisam Tabri sibuk memasang pelita di sekitar rumah.

image is not available
Pelita telah siap diisi minyak tanah.

image is not available
Hasydan Hisyam Tabri menyalakan pelita di sekitar rumah mereka.

image is not available
Selepas dua tahun tidak 'beraya', Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh meriah.

image is not available
Bunga api, menjadi acara 'tradisi' kanak-kanak tiap kali tibanya Hari Raya.

image is not available
Noraini Ahmad Supan bersama anaknya, Muhammad Rezqy Adli Syam Tabri berehat di tangga rumah sambil menunggu ketibaan ahli keluarga yang lain.