“Tiba masa Malaysia iktiraf penggunaan kanabis” – Syed Saddiq Bersolidariti Dengan Yasin Sulaiman

Entertainment
18 May 2022 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak negara yang telah membenarkan penggunaan marijuana atau kanabis untuk tujuan perubatan, penggunaan bahan tersebut membantu menenangkan dan juga mengurangkan kesakitan. Biasanya, ia digunakan oleh pesakit kanser dan mereka yang mempunyai masalah mental.

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita penangkapan penyanyi dan penulis lirik Yasin Sulaiman yang ditahan kerana mempunya tanaman ganja di rumahnya.

Bagaimanapun, hari ini Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq menerusi Twitter menyatakan solidariti buat penyanyi tersebut yang dikatakan menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan.

YB Syed Saddiq hari ini menghadiri perbicaraan penyanyi tersebut dan menyatakan beberapa pandangannya berkaitan dengan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

“Ini kerana kita perlu mengendalikan kes-kes ini dengan cermat supaya pesakit yang terpaksa menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan diberikan kelonggaran yang sewajarnya dengan tujuan penggunaan mereka.

“Malah, hukuman gantung adalah hukuman yang terlampau berat kepada pesakit hanya kerana masalah kesihatan memerlukan mereka untuk mencari perubatan alternatif seperti kanabis dan hem,” tulisnya.

Selain itu, ahli parlimen Muar yang juga Pengerusi Kaukus Medical Marijuana itu, turut menyatakan kerajaan harus mengiktiraf bahawa terdapat banyak pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan dan mereka bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

Katanya, sudah tiba masa Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan.

Apa pendapat korang tentang isu kanabis ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.