Apple MacBook Pro Mengalami Kekurangan – Tempahan Hanya Terima Pada Penghujung Julai

TechnologyDigital
22 May 2022 • 9:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple kini nampaknya mengalami kekangan dalam memenuhi permintaan untuk MacBook Pro. Semakan kasar pada laman rasmi Apple, ia memperlihatkan tempahan pada hari ini hanya akan menerimanya sekitar pertengahan ke penghujung Julai kelak.

Daripada penyenaraian, kedua-dua model MacBook Pro 14-inci dan juga 16-inci memperlihatkan penghantaran pada Julai 2022 kelak.

image is not available

Apple sendiri sebelum ini telah mengatakan angka jualan mungkin berkurangan pada suku tahunan kerana kekangan dalam mendapatkan komponen. Malah, laporan baharu juga mengatakan Apple sedang melihat kepada mengalihkan lebih banyak pengeluaran di luar China.

Buat masa ini, pelbagai pengeluaran di China mengalami kekangan pengeluaran – disebabkan oleh polisi sifar Covid yang membuatkan perintah kawalan pergerakan di implementasi.