“Saya dah fikir masak-masak” – Ellie Suriaty & Azri Iskadar Bercerai Lepas 19 Tahun Berkahwin

Entertainment
17 May 2022 • 1:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah 19 tahun melayari bahtera perkahwinan, pengarah dan pelakon berbakat Ellie Suriaty Omar akhirnya bercerai dengan aktor Azri Iskandar dalam prosiding Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur hari ini. Katanya menerusi Getaran, penceraian mereka disebabkan tiada lagi keserasian bersama.

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.”

image is not available

Dalam pada itu, Ellie juga mengucapkan terima kasih kepada Azri Iskandar untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang mereka lalui sepanjang bergelar suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami.”

image is not available

Untuk rekod, Azri Iskandar, 54 dan Ellie Suriaty telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2003. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.