Harga Jualan Huawei P50 Pro Dikemaskini Ke RM3699

TechnologyDigital
19 May 2022 • 5:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei P50 Pro dilancarkan di Malaysia pada Januari lalu pada harga RM4,199. Huawei Malaysia kini mengemaskini harga jualan peranti ke RM3,699 untuk sebuah.

image is not available

Pada masa sama, pilihan warna baharu turut diperkenalkan iaitu Silver Blue yang turut dijual Pada harga RM3,699. Pra tempah untuk peranti ini yang dibuat bermula hari ini hingga 3 Jun akan menerima Huawei Band 6 secara percuma.

Huawei P50 Pro dilengkapi skrin 6.6″ AMOLED dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Peranti dijana cip Snapdragon 888 4G di Malaysia. Ini dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4360 mAh.

image is not available

Bateri boleh dicas semula secara berwayar dengan pengecas 66W dan nirwayar pula pada kuasa 50W. Kamera utama menggunakan sensor 40MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan 32MP Super Sensor sementara kamera swafoto pula sebesar 10.7 MP.