Netizen Kecam Wanita Hina, Gelak-Gelak Orang Pakai Kancil Dan Dia Pula Pakai Volkswagen

Cars
13 May 2022 • 6:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kancil

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang gadis yang mentertawakan kereta Kancil yang di parkir di sebelah keretanya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat gelagat gadis itu yang bergelak tawa bersama rakannya seakan-akan mempersendakan kereta Kancil tersebut semasa menuju ke tempat letak kereta.

Malah, setibanya di sebelah kereta Kancil itu, dia dengan sengaja seperti cuba membuka pintu kereta itu namun berpaling dengan segera ke arah kereta Volkswagen kuning miliknya.

Tahu dah kaya jangan sampai menghina.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 548.6K tontonan, 19.7K tanda suka, dan 2.5K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan gadis itu yang disifatkan sombong dan tidak menghormati rezeki orang lain.

Tak kelakar pun..

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media