Tze Liang Bawa Pulang Emas Peribadi Kedua

9 May 2022 • 5:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tze Liang menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam Sukan SEA Hanoi. - Gambar dari Twitter @AtletMalaysia

KUALA LUMPUR - Penerjun negara Ooi Tze Liang menghadiahkan Malaysia pingat emas ketiga hari ini dalam acara 1m papan anjal individu lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2022.

Beliau mencatatkan 377.70 mata selepas enam terjunan di pusat Akuatik My Dinh.

Avvir Tham Pac Lun dari Singapura menduduki tempat kedua dan memenangi perak dengan jumlah 286.40 mata.

Seorang lagi penerjun negara Betrand Rodhict Anak Lises berjaya membawa pulang pingat gangsa dengan mata keseluruhan 284.90, memberikan Malaysia lima pingat dalam temasya itu setakat ini.

Semalam, Ooi Tze Liang bersama pasangan Chew Yi Wei memberikan Malaysia pingat emas kedua dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki. - The Vibes, 9 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved