Sebab Minat Anime, Ayah Namakan Anak Naruto Uzumaki Namikaze

Entertainment
16 May 2022 • 5:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Unik! Seorang bapa dari Filipina menamakan anaknya Naruto Uzumaki Namikaze.

Perkara itu mula mendapat perhatian setelah ada media tempatan di negara tersebut kongsikan gambar sambutan hari lahir seorang kanak-kanak yang bernama Naruto, di Facebook rasmi mereka sehingga meraih lebih daripada 6.7k jumlah perkongsian dalam masa 2 hari.

 

Ayah peminat fanatik Naruto Shippuden

Menurut sumber, Naruto dilahirkan pada 13 Jun 2020. Ayahnya, Jamesey Maribojo akui bahawa dia memang meminati animasi Noruto Shippuden. Untuk pengetahuan Namikaze itu diambil dari nama ayah kandung Naruto dan Uzumaki ialah nama kandung ibu Naruto.

image is not available

“Dalam plot Naruto Shippuden, Naruto dibesarkan tanpa keluarganya dan saya pula seorang ayah tunggal yang jaga anak saya 24/7.”

image is not available

Tambahnya, dia rasa tak puas kalau letak nama anaknya Naruto sahaja dan membuat keputusan untuk tambah nama Uzumaki dan Namikaze, menurut WORLD OF BUZZ.

image is not available

Disebabkan itu, ramai netizen yang terhibur dengan nama anaknya, dan menyifatkan dia boleh jadi Hokage di Davao City (kawasan tempat tinggal keluarga ini di Filipina) pada masa akan datang.

image is not availableimage is not available

Walaubagaimanapun, ada netizen yang menzahirkan rasa bimbang terhadap nasib Naruto pada masa akan datang.

image is not available
“kadang-kadang parent ni cuma fikir pasal diri dan minat diaorang je tanpa fikirkan anaknya. ”

image is not available
“mesti anak ni akan komplen lain 4 tahun, komplen pasal nama dia terlalu panjang nak tulis. ”

image is not available
“kesian dekat siapa yang namakan anak dia peppa pig. ”

Untuk pengetahuan, nama penuh untuk anak ini adalah Naruto Uzumaki Namikaze P. Maribojo. Fuh! Bayangkan macam mana nak tulis nanti.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article