“Mulut Puaka!” – Bayi Istimewa Diejek ‘Joker’, Netizen Dakwa Ini Sebab Artis Sorok Muka Anak

31 May 2022 • 4:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa saja yang boleh melawan takdir Allah S.W.T yang sudah menentukan segala jalan kita di dunia ini. Untuk dilahirkan sebagai bayi istimewa itu bukan pilihan, namun masih ada masyarakat yang berfikiran cetek serta tidak sensitif apabila berkaitan dengan hal ini.

Seperti baru-baru ini, tular di platform media sosial seorang bayi bernama Ayla Summer Mucha didiagnosis bilateral microstomia iaitu kecacatan kongenital dimana ia menjejaskan fungsi rongga mulut.

Bayi terbabit digelar oleh warganet sebagai baby permanent smile dan kini sedang popular di platform TikTok.

Biarpun ramai yang memuji kecomelannya, masih ada juga segelintir netizen meninggalkan komen kritikan iaitu menyamakan bayi berkenaan dengan watak popular Hollywood, Joker.

Malah, individu-individu yang meninggalkan komen seperti itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan kerana berkata bayi tersebut adalah Joker sebenar.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa berang apabila membaca komen-komen negatif terbabit dan menanggap inilah sebab utama sesetengah selebriti di Malaysia enggan menunjuk wajah anak mereka di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 3 bulan lalu

"Bilal Masjid Berlambak!" - Diva AA Geram Netizen Tak Sabar Nak Tengok Wajah Bayi Neelofa