
KUALA PENYU: Perlu ada iltizam politik dalam kalangan semua pemimpin di Sabah bagi mencari satu kaedah yang signifikan untuk cadangan pemberian kad warga asing kepada pendatang asing di negeri ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar) berkata, ia penting kerana dokumen pengenalan diri yang bukan berstatus warganegara ini membolehkan identiti setiap warga asing itu dapat dikenalpasti.
“Kad warga asing ini kita perlukan ‘political will’ (iltizam politik)… kita tidak mahu nanti ada masalah sosial di Sabah sebab ada orang dilahirkan di sini oleh ibu bapa yang tidak ada dokumen hingga mereka juga dilahirkan tanpa dokumen.
