
Kota Kinabalu: Sekarang bukan masa sesuai untuk pemimpin parti politik di negeri ini bercakap mengenai peruntukan kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (G15), kata Senator Datuk John Ambrose.
Sebaliknya, katanya, ahli politik harus memberi tumpuan kepada cara menangani pelbagai masalah di Sabah secara berkesan bagi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat dijaga dengan baik dalam masa sukar ini.
Beliau berkata adalah bijak dan berfaedah bagi anggota kerajaan GRS (Gabungan Rakyat Sabah)-Barisan Nasional (BN) menumpukan perhatian kepada pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025 yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor lepas tahun.
