TM Tawar Akses Percuma Disney+ Hotstar Untuk Semua Pelanggan Baharu Unifi 100Mbps

TechnologyDigital
17 May 2022 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Disney Unifi

Telekom Malaysia kini telah mula menawarkan langganan dan akses kepada perkhidmatan Disney+ Hotstar bermula hari ini. Menariknya, bersama dengan penawaran ini, TM turut menyediakan akses kepada perkhidmatan penstriman tersebut untuk semua pelanggan baharu Unifi 100Mbps.

image is not available

Semua pelanggan baharu Unifi 100Mbps boleh mengakses Disney+ Hotstar tanpa sebarang bayaran tambahan. Perkara ini dinyatakan melalui FAQ pada laman Unifi TV, dan semakan lanjut kami bersama TM menyatakan akses percuma untuk Disney+ Hotstar berkenaan adalah selama 6 bulan lamanya, dan hanya untuk pelanggan baharu sahaja.

Ini boleh dikatakan antara promosi menarik untuk pelanggan Unifi Home baharu. Pelan Unifi Home 100Mbps ini ditawarkan pada harga RM129 sebulan. Untuk menikmati penawaran percuma ini juga, anda tidak perlu melanggan sebarang pek Unifi TV.

Untuk pelanggan sedia ada, anda boleh melanggan akses ke Disney+ Hotstar secara berasingan pada harga RM54.90 untuk tiga bulan, atau pada harga RM16 sebulan bersama Unifi TV. Pelanggan Unifi TV Pek Ultimate pula boleh mengakses Disney+ Hotstar secara percuma tanpa bayaran tambahan.