
Kebiasannya apabila keluar bersama-sama pasangan atau orang yang baru dikenali, kita akan membawa mereka ke satu tempat yang selesa seperti restoran atau taman yang indah.
Namun, lain pula ceritanya buat seorang gadis ini yang berkongsikan pengalamannya dibawa ke restoran makanan segera, McDonald’s ketika temu janji bersama pasangan.

Dah pakai cantik-cantik
Dalam video berdurasi selama 14 saat yang dimuat naik di TikTok itu, gadis ini meluahkan rasa kecewanya hanya dibawa ke McDonald’s selepas dia sudah mengenakan pakaian yang cantik.
Gadis ini turut berkata jika seseorang itu tidak mampu daripada segi kewangan, seeloknya individu itu tidak mengajak pasangannya keluar.
Dah pakai cantik2. Sekali bawak drive thru. Tak mampu jangan ajak dating,” luah gadis ini.
Dalam video tersebut turut memperlihatkan gadis ini dan pasangan sedang berada dalam kereta sambil membuat pesanan makanan menerusi servis pandu lalu di McDonald’s.
“Makan dalam kereta la best?”
Perkongsian video tersebut ternyata mengundang perdebatan di antara warganet yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenyataan itu.
Sebahagian besar warganet berpendapat makan di dalam kereta bersama pasangan dan orang yang dicintai adalah satu bentuk temu janji yang romantik dan menenangkan.
“late night drive mcd lagi best…”

“sama je lah harga dia…”

“at least dia ada effort…”

Apa pendapat anda tentang isu ini?
Kredit: tinder_date2022
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

