“Jangan cium bayiku” - Wanita letak ‘notis’ pada dahi anak raih perhatian warga maya

Family & Parenting
19 May 2022 • 6:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AKHIR-akhir ini, selepas beralih ke endemik pelbagai penyakit kembali menyerang kanak-kanak dan bayi.

Selain Covid-19, penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) dan influenza menyebabkan si kecil tertewas hingga terpaksa di rawat di hospital. Lebih menyedihkan ada yang hingga kehilangan nyawa.

Sudah tentu ramai ibu tidak betah melihat si kecil terdedah kepada jangkitan. Apatah lagi apabila berkumpul bersama saudara mara pada musim perayaan ini, ada yang selamba mencium atau mencubit pipi bayi.

image is not available

Sementelah antibodi mereka masih lemah, si kecil perlu dilindungi sebaiknya. Dalam perihal ini, kebanyakan ibu-ibu sanggup lakukan apa sahaja.

Daripada melihat si kecil kesakitan kerana jangkitan, lebih baik ia dicegah terlebih dahulu.

Seperti pengguna laman sosial TikTok, @efadina ini yang mengambil inisiatif menampal nota kecil pada bahagian dahi bayi.

Nota berbunyi “Jangan dicium” itu diselitkan di bawah topi bayi.

image is not available

“Awalnya ramai yang ingin mencium dan pegang bayiku. Untung ada nota yang telah ditulis.

“Alhamdulillah berhasil guys, bayi bebas segala ciuman sembarangan,” katanya.

Malah dalam video yang lain, wanita itu turut berkongsi tip mengelakkan bayi dicium orang iaitu dengan meletakkan si kecil di dalam alat penggendong.

@efadina Reply to @aprillya299 “DIGENDONG” adalah tips biar aman dari serangan cium orang lain image is not availableimage is not available @bayiku.id #gendongan #gendonganbayi #bayi #ekspresibayi ♬ original sound - efadina

Mungkin ada yang merasakan apa yang dilakukan wanita ini lucu. Bagaimanapun warga maya rata-rata turut bersetuju dan menyokong usahanya memastikan keselamatan anak ketika berkunjungan di hari raya.

- “Aku nanti kalau ada anak nak buat begitu. Biarlah dikata pelik, asal anak selamat.”

-“Lebaran di kampung baru-baru ini anakku di cium semua orang, terus demam dan bayi tiga hari.”

-“Kreatifnya ibu.”

-“Semoga ada baju baby yg tulisannya, jangan cium sembarangan. Lebih mudah.”

Public Health Malaysia berkongsi beberapa larangan berkaitan menyentuh bayi.

Usah bertindak semberono kerana ia boleh menyebabkan si kecil jatuh sakit.

✓ Basuh tangan anda sebelum menyentuh bayi
✓ Jangan dekati bayi jika anda demam atau tidak sihat
✓ Jangan kejutkan bayi yang sedang tidur
✓ Dapatkan kebenaran ibu bapa sebelum menyuap makanan kepada bayi
✓ Tidak perlu cium atau menggomol
✓ Jangan timang dan lambungkan bayi
✓ Jika merokok/vape , basuh tangan dan tukar pakaian sebelum menyentuh bayi

image is not available

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI