Qualcomm Memperlihatkan Set Kepala AR Nirwayar Dengan Cip Snapdragon XR2

TechnologyDigital
23 May 2022 • 2:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada penghujung 2019, Qualcomm melancarkan cip Snapdragon XR2 khusus untuk peranti realiti terimbuh (AR) dengan rekaan rujukan set kepala kemudianya diperlihatkan pada bulan Februari 2020. Kekurangan set kepala AR ini ialah ia memerlukan sambungan berwayar kepada peranti pintar. Minggu lalu rekaan untuk Wireless AR Smart Viewer telah diperlihatkan dengan ia berfungsi secara nirwayar sepenuhnya.

image is not available

Set kepala hadir dengan dua skrin OLED masing-masing dengan resolusi FHD serta kadar segar semula 90Hz. Penambahbaikan lain ialah ia 40% lebih nipis dengan penyebaran berat yang lebih sekata untuk meningkatkan keselesaan semasa digunakan. Ia masih menggunakan platform Snapdragon XR2 untuk berfungsi.

Sepasang kamera monokrom dan satu kamera warna memberikan kemampuan menjejak pergerakan 6 DoF dalam dunia maya. Kemampuan memproses dibahagikan pada set kepala dan peranti pintar yang disambungkan secara nirwayar. Dengan teknologi FastConnect 6900 masa pendam serendah kurang 6ms kerana menyokong sambungan WiFi 6. Rekaan rujukan ini akan diberikan kepada rakan perniagaan terpilih dalam masa terdekat.