Aplikasi Facebook Di Android Menguji Sistem Notifikasi Baharu

TechnologyDigital
19 May 2022 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siapa di sini yang pernah mengalami masalah ketika menggunakan aplikasi Facebook pada peranti Android? Jika anda tidak pernah, anda yang bertuah. Ini kerana aplikasi Facebook di Android adalah antara yang paling bermasalah dan tidak konsisten kestabilannya.

Sepanjang penggunaan aplikasi Facebook, saya lebih gemar menggunakannya di iOS. Tetapi itu tidak bermakna Meta tidak berusaha memberi yang terbaik untuk pengguna. Malah ciri dan fungsi baharu juga masih diberikan.

Terkini di aplikasi Facebook untuk Android, Meta dilihat menguji sistem notifikasi baharu. Apabila anda tekan ikon loceng untuk semak notifikasi, ia akan memaparkan barisan gambar profil rakan yang sedang berada di atas talian.

image is not available

Ia boleh ditatal dan apabila ditekan, ia akan memaparkan perkembangan terkini yang rakan anda lakukan di Facebook. Contohnya adalah kongsi siaran dari laman lain, menerbitkan sesuatu ucapan, kongsi gambar dan sebagainya.

Tidak pasti sama ada adakah ini sementara atau ujian untuk pengguna terpilih. Kerana pagi tadi, ia tidak terpapar pada aplikasi saya. Adakah ini ciri yang anda mahukan atau adakah ini cara anda ingin lihat perkembangan rakan anda?