Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

7 May 2022 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KENINGAU - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan bersama keluarganya di Kampung Baru Durok di sini pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Al Sharil berusia 16 tahun dilaporkan lemas kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.47 petang.

Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Keningau.

"Mangsa dilaporkan lemas ketika menjalankan aktiviti mandi di sungai bersama keluarga.

"Pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat mangsa dan seterusnya melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tebing sungai menggunakan tali serta dilengkapi jaket keselamatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, Sharudy berkata, mangsa gagal ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 7.15 malam.

"SAR ditangguh disebabkan keadaan yang gelap dan atas faktor keselamatan anggota yang terlibat.

"Operasi akan disambung semula esok dengan bantuan daripada unit K9 dan unit skuba," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved