Remaja hilang dihanyut arus ditemukan lemas

7 May 2022 • 9:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras semasa mandi di kawasan rekreasi Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Amirun Mohamad, 14, ditemukan pada 6.10 petang di Lubuk Cina, kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dilihat kali terakhir.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Amirun dari Jabor, Terengganu dilaporkan hilang pada kira-kira 2.30 petang semasa mandi bersama abang dan dua sepupunya.

Mereka dihanyutkan arus deras ke tempat dalam sebelum abang dan dua sepupu mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di situ. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved