Netizen Puji Tindakan Pantas Pesilat Malaysia ‘Cover’ Aurat Lawan Lepas Tak Sengaja Tarik Tudung

Entertainment
15 May 2022 • 12:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Temasya sukan rantau Asia Tenggara, Sukan SEA sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam. Selepas ditunda beberapa kali akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia, temasya sukan itu sedang berlangsung ketika ini untuk Edisi ke-31.

Terkini dan tular di media sosial berkenaan Sukan SEA adalah acara silat yang cukup sinonim dengan penduduk rantau Asia Tenggara. Dalam satu perlawanan silat antara pesilat wanita negara dan Indonesia, satu kejadian tudung tercabut telah berlaku. Namun tindakan pantas pesilat negara untuk menutup aurat lawannya telah menerima pujian netizen. Korang boleh tengok video kejadian tu yang dimuatnaik oleh @IniAlalalannn di bawah.

 

Respek!

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas pesilat negara, Siti Shazwana Ajak yang cepat bantu cover aurat lawannya yang mewakili Indonesia, Selly Adriani. Time tengah lawan pun sempat fikir aurat lawan lagi ye, hebat betul!

image is not availableBoleh jadi juara sebenar sebab tindakan pantas pesilat negara kita berjaya cover aurat lawan dia. Orang yang ada ilmu silat ni memang pantas dan tangkas.

image is not availableBetul, min pun respek dengan pesilat negara kita ni. Lepas tercabut tu, terus dia peluk untuk cover rambut lawan dia. Tabik spring min bagi satu untuk Siti Shazwana.

image is not availableKena bagi kredit juga dekat yang edit video. Sempat dia blurkan moment tudung tercabut tu sebelum upload ke media sosial.

image is not availableKalau dah nak tercabut tu, tercabut lah jugak kan. Nama pun dah tak sengaja buat. Yang penting ada usaha.

Untuk rekod, Siti Shazwana telah memenangi pusingan tersebut dan layak ke peringkat seterusnya.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved