MetMalaysia: Suhu diramal meningkat, jerebu pada Julai hingga September 

11 May 2022 • 8:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku kenaikan suhu beserta fenomena jerebu di negara ini pada Julai hingga September depan.

Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata pengaruh faktor luar seperti ribut tropika di negara berhampiran seperti Filipina boleh menyebabkan keadaan menjadi kering di Semenanjung.

“Di Indonesia, berkemungkinan berlakunya kebakaran hutan kerana cuaca kering adalah tinggi dan angin akan datang dari barat daya (membawa asap) ke negara kita dalam bentuk jerebu,” katanya menerusi rancangan Malaysia Petang Ini yang diterbitkan BernamaTV hari ini.

MetMalaysia semalam mengeluarkan kenyataan berkaitan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula Sabtu ini dan berterusan sehingga pertengahan September.

Muhammad Helmi berkata kejadian itu akan menyebabkan pengurangan pembentukan awan hujan dan mengalami hari tanpa hujan serta menghasilkan taburan hujan yang rendah.

Bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved