“Dia menangis, hilang garang” – [VIDEO] Ingat Suami Mengamuk Sebab Buat Surprise Birthday, Rupanya…

Entertainment
19 May 2022 • 10:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada sifat dan hakikatnya orang lelaki ini selalu dilihat sebagai tak pandai meluahkan perasaan berbanding wanita yang mudah menangis dan kalau mereka gembira atau marah memang mereka akan tunjuk pada perbuatan mereka.

Begitulah yang berlaku pada pasangan suami isteri ini yang mana video mereka viral di TikTok memaparkan si isteri telah membuat surprise birthday terhadap suaminya.

Namun agak mengejutkan apabila si suaminya memberi reaksi marah secara tiba-tiba dengan mengatakan,

Aku tak perlukan ni semua, kau tau tak?!” katanya dalam nada marah.

@hananisyafirdaus

suprise birthday untuk suami, part Ni paling win Dia menangis ,hilang garangnyaimage is not availableimage is not availableLawak LA haha#fypシ #tiktok #rancakraya #viral #masukberandafyp

♬ original sound – hananisyafidaus – hananisyafidaus

 

Tiba-tiba menangis pulak…

Pun begitu, selepas beberapa saat meluahkan rasa marah, suami wanita tadi tiba-tiba memeluk isterinya dan menangis. Alamak apa sudah jadi ni bro…

Apa yang membuatkan netizen tercengang ialah reaksi isterinya sepanjang surprise itu berlangsung yang mana dia hanya ketawa dan tersenyum apabila melihat suaminya marah. Macam dah faham benar dengan sikap suaminya tu. Alaa comelnya!

image is not available

 

“Aku lak panic attack ingat dia mengamuk”

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen yang mana terhibur dengan sikap suami wanita berkenaan.

Ramai yang mengatakan lelaki tersebut kemungkinan besar tidak tahu cara meluahkan rasa gembiranya apabila mendapat surprise daripada isteri, tapi kemudian menangis kerana terlalu terharu. Alahai…

image is not available

Apa-apapun min harap pasangan ini sentiasa berbahagia selalu dan kekal hingga ke jannah hendaknya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.