Dato AC Mizal Dan Isteri Hadiahkan Anak Kereta Mewah Sempena Hari Jadi Ke-18 Tahun

Entertainment
10 May 2022 • 2:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sudah seminggu kita menyambut perayaan Hari Raya Aidiliftri. Pastinya, ramai yang dapat mengumpul duit raya yang banyak hasil pemberian sanak-saudara.

Semalam, heboh dengan perkongsian selebriti terkenal Neelofa tentang jumlah duit raya yang diterima anaknya Bilal.

Hadiahkan anak kereta mewah

Terbaru, pengacara terkenal, Dato AC Mizal dan isteri, Datin Emylia Rosnaida memuat naik satu video di Instagram berkongsi detik mereka membuat kejutan buat anak mereka, Muhammad Reeve Damien.

Menerusi video berkenaan, Damien dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 18 tahun.

Seakan tidak percaya, Damien dan adiknya dilihat seperti membelek-belek kereta mewah yang lengkap dihias dengan reben itu.

Dapat juga dilihat di akhir video, Datin Emylia berpesan kepada Damien untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh selepas mendapat hadiah berkenaan.

Ucapan tahniah dari netizen dan rakan artis

Perkongsian Dato AC Mizal itu turut mendapat respon dari rakan artis lain yang mengucapkan tahniah atas hadiah yang diterima pemuda berkenaan disamping berharap agar Damien terus berbakti pada kedua ibu bapanya itu.

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram emyliadac

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media