Lelaki 38 Tahun Ditemui Mati Dalam ‘Supercar’ McLaren Di Jalan Pudu

31 May 2022 • 10:11 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Mayat lelaki dalam kereta

Seorang lelaki ditemui mati di dalam ‘supercar’ McLaren di hadapan sebuah pusat hiburan KTV di Jalan Pudu, semalam (30 Mei).

image is not available
Foto: Orang awam

Mayat lelaki yang berusia 38 tahun dan berasal dari Klang itu ditemukan oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kejadian pada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pada masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

image is not available
Foto: Bomba

“Berdasarkan siasatan awal, kereta yang digunakan adalah kereta sewa jadi kita masih menyiasat dari semua sudut berhubung penemuan mayat lelaki ini.

“Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemukan,” ujarnya.

Beliau berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kita juga turut sedang menyiasat bagaimanakah kereta yang dinaiki si mati berada di hadapan pusat hiburan berkenaan,” katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL ditalian 03-21159999.

Source: