(VIDEO) Demi murid, guru ini pertaruh nyawa sebelum tiba ke sekolah. Inilah wira negara yang sebenar

17 May 2022 • 5:08 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

“Salute dan terima kasih banyak-banyak cikgu. Jasa, sumbangan dan pengorbanan kalian tiada galang gantinya.” Inilah yang mampu dikatakan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan yang mana video TikTok mereka tular bersempena Hari Guru yang disambut semalam.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan kecekalan dan kekentalan semangat para guru pedalaman itu ketika menuju ke sekolah.

Mereka menaiki motosikal dalam keadaan selut yang tebal.

Ada ketika motosikal dinaiki, rosak ditengah jalan sehingga memaksa rakan guru lain menolak daripada belakang.

Cabaran mereka tidak terhenti di situ sahaja sebaliknya para guru ini perlu melintas sungai menggunakan jambatan buluh yang uzur. ALLAH sahaja yang tahu perasaan mereka ketika itu.

Tidak pasti berapa jam perjalanan penuh liku guru-guru ini lalui, namun apa yang boleh penulis katakan, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menyampaikan ilmu dan mendidik anak bangsa sehingga menjadi insan berguna.

@ankelben

SELAMAT HARI GURU dari kami warga SK Balar , Gua Musang Kelantan dengan ucapan PANTANG BERUNDUR KECUALI BINI CALL.Terima kasih atas doa-doa kalian selama ini.Cukup terharu dan sgt2 berterima kasih #harigurunasional #hariguru #harigurumcd #mcd #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #cikgu #cikgupedalaman #cikgukental #gigih #cabaran #bestteacher #gurupenyayang #orangasli #orangaslimalaysia #pendidikan #inspirasi #motivasi #motivasihidup #ex5 #doabaik #foryou #kisahcikgu #sekolah #followme

♬ original sound – Ku Aninda – Ku Aninda

Baca juga

Video yang mendapat jumlah tontonan lebih 320,000 dan meraih hampir 30,000 tanda suka menerusi TikTok, telah dihujani pelbagai harapan dan bingkisan doa serta kata-kata semangat daripada warganet.

Kamariah: ALLAHuakhbar…semoga ALLAH berikan ganjaran yang sebaik-baiknya buat semua guru dan pendidik seluruh dunia.

Mariam: Inilah barisan guru yang berjiwa kental.

Suhaimi: Guru-guru di sekolah pedalaman yang berhempas pulas mendidik sampai sanggup redah laluan yang berliku demi anak bangsa. Tahniah! cikgu. Anda memang hebat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Marina: ALLAH, sebaknya. Terima kasih cikgu yang gigih demi anak bangsa.

Sulaiman: Hebat, teruskan perjuangan cikgu.

Mia: Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas pengorbanan cikgu-cikgu. Anda semua hero di hati kami.

Qalish: Semoga usaha kita semua diredhai ALLAH. Teruslah berjuang cikgu.

Akhir sekali, Sinar Bestari doakan agar segala urusan cikgu-cikgu SK Balar ini dipermudahkan oleh ALLAH sepanjang masa. Aamiin.