“Ni Lah Jadinya Bila Pesan Dekat Laki” – Suami Beli Plastik Sampah Boleh Muat Sampah Sebulan Bikin Netizen Terhibur

11 May 2022 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Adriana Affendi yang memaparkan tangkap layar mesej perbualan Whatsapp dengan suaminya.

Menerusi video tersebut, adriana telah memesan suaminya untuk membeli plastik sampai bersaiz besar dan tebal ketika suaminya keluar ke kedai.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila plastik sampah yang dibeli suaminya itu bersaiz gergasi dan berkali ganda besar berbanding tong sampah rumahnya.

image is not available

Ni lah jadinya bila pesan plastik sampah dekat laki.. ni nak buat apa ni? open house?

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 118.6K tanda suka, dan 2.1K komen di laman TikTok.

@adrianaaffendi

tunggu sat balik sat lagi mesti kena bungkuih diani @acaps12

? original sound – ??? ??????? ? – ??? ??????? ?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan saiz plastik sampah yang dibeli dan terhibur dengan kesilapan yang dilakukan oleh suaminya itu.

Benda dah beli akak enjoy jela yeee, buat open house sekali. – Pengguna TikTok.

“Mak ai, dia buang sampah jiran sekali tu dengan jiran-jiran sekali,” tulis seorang lagi netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Tetamu Tak Bertamadun" - Tuan Rumah Bengang Orang Datang Beraya Buang 'Pampers' Tak Balut Plastik Dulu