
Kota Kinabalu: Jumlah kes harian Covid-19 di Sabah terus meningkat kepada 66 pada Rabu berbanding 52 pada hari sebelumnya, manakala satu kematian direkodkan di Kota Belud.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes Kota Kinabalu meningkat enam ke kepada 38, manakala Sandakan juga mencatatkan peningkatan tujuh kes selepas sifar jangkitan sehari sebelumnya.
Beliau berkata sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes manakala enam daerah mencatatkan penurunan.
“Tiada kes baharu di 13 daerah, manakala 13 daerah lagi mencatatkan angka satu digit di mana enam daripadanya merekodkan satu kes sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Masidi berkata 57.58 peratus kes adalah bergejala, manakala tiada kluster baharu dikenal pasti.
Beliau berkata 64 daripada 66 kes adalah kategori satu dan dua jangkitan, manakala dua kes direkodkan dalam kategori empat.
Mengenai program imunisasi Sabah, 872 individu mengambil vaksin mereka pada 24 Mei, di mana 310 adalah dewasa, 53 adalah remaja dan 509 adalah kanak-kanak.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


