
Sempadan Malaysia-Thailand malam tadi digegarkan dengan beberapa siri letupan bom dan tembakan yang dipercayai berlaku sekitar jam 10 malam di Pekan Tak Bai, Narathiwat.
Bunyi bom dan tembakan itu juga jelas kedengaran dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang juga terletak lebih kurang 400 meter seberang Pekan Tak Bai, lapor Astro AWANI.
Orang awam berdiri di pagar sempadan, rakam kejadian
Menerusi perkongsian di Twitter, orang ramai dilihat telah merakam kejadian yang menunjukkan situasi tegang di Tak Bai dengan api marak dan beberapa lelaki kelihatan melepaskan tembakan.
SEMENTARA itu kekecohan sedang berlaku di kawasan sempadan Pengkalan Kubor Kelantan dan Takbai Narathiwat kerana adanya pertempuran antara Tentera Siam dan dengan pihak yang tak dikenali pic.twitter.com/0y5J0aUZhL
— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) May 25, 2022
Ramai juga dilihat berjaga malam dan bimbang dengan bunyi tembakan yang kedengaran kerana ia sangat dekat dengan sempadan negara.
SEMENTARA itu situasi tegang ketika ini dalam aksi pertempuran senjata api dan bom di Tak Bai berdekatan sempadan Pengkalan Kubor Kelantan pic.twitter.com/nQ7tdcYahS
— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) May 25, 2022
“Kalau peluru sesat kena, tak pasal arwah”
Dalam pada itu, perkongsian video tersebut telah menimbulkan rasa bimbang netizen akan keselamatan penduduk di Pengkalan Kubor yang dilihat berdiri di pagar sempadan untuk melihat kejadian itu.
Ada juga yang bimbang jika peluru sesat secara tidak sengaja terkena mereka yang berada di situ.

Setakat ini tiada maklumat lanjut yang diterima berhubung kejadian tersebut. Sementara itu, sumber pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tembakan dam bom di Pekan Tak Bai.
Operasi pasukan keselamatan masih berjalan buat masa ini (11 malam waktu Malaysia),” ujarnya semasa dihubungi.
Harap situasi di sempadan kita baik-baik saja dan terlindung dari bahaya.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


