Floatride Panthea VS Floatride Energy

Opinion
4 Jun 2022 • 12:00 PM MYT
Muhammad Khairul
Muhammad Khairul

An avid runner who loves to write about running and everything

image is not available

Reebok jenama yang tidak asing lagi bagi para pelari. Jenama ini sering menjadi pilihan di samping jenama lain seperti Nike atau Adidas. Reebok terkenal dengan Forever Floatride Energy. Walaupun begitu pada 2020 Reebok tampil dengan Floatride Panthea. Kedua kasut ini boleh dikategorikan sebagai kasut pelatih harian ringan. Forever Floatride Energy menggunakan TPU sebagai bahan utama untuk menghasilkan midsole Floatride Foam. Midsole yang dikatakan bersifat seperti Adidas Boost tetapi lebih ringan. Floatride Panthea pula menggunakan Floatride Plus iaitu gabungan diantara PEBAX dan EVA sebagai midsole. Jadi bagaimana prestasi kedua kasut ini apabila diletakkan di dalam satu gelanggang yang sama? Yang mana lebih baik antara dua kasut ini? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut.

image is not available
Reebok Floatride Energy

Upper

Bagi bahagian upper, kedua kasut ini menggunakan engineered mesh sebagai bahan utama dengan logo jenama di bahagian medial dan lateral kasut bagi memberi sokongan dan memastikan upper kasut sentiasa dalam kedudukan asal dan menetapkan kaki pada kasut sepanjang masa semasa berlari. Mesh yang digunakan juga memberi pengudaraan yang baik dan sesuai digunakan untuk cuaca yang panas dan lembap. Perbezaan kedua kasut ini dapat dilihat dalam beberapa aspek. Pertama sekali, bahan mesh itu sendiri. Mesh yang digunakan oleh Forever Floatride Energy ternyata lebih kasar dan kurang anjal berbanding Floatride Panthea. Kedua kasut ini mempunyai keluasan yang baik cuma Floatride Panthea mempunyai fit yang lebih baik dan tepat berbanding Floatride Floatride Energy.

Bagi hal lain seperti tali kasut, lidah kasut serta heel counter kedua kasut ini boleh dikatakan serupa kerana Reebok tidak melakukan apa-apa perubahan yang ketara di situ. Tali kasut mempunyai panjang yang hampir sama, lidah kasut kedua ialah non-gusseted serta heel counter keduanya rigid. Jadi bagi saya perbezaan yang ketara di sini ialah hanya pada fit yang lebih baik dan tepat antara kedua kasut ini.

Pilihan saya: Untuk bahagian upper saya lebih cenderung memilih Floatride Panthea. Hal ini kerana Floatride Panthea mempunyai fit yang lebih baik dan tepat berbanding Floatride Floatride Energy jadi keselesaan lebih baik dicapai.

image is not available
Mesh Reebok Forever Floatride Energy

Midsole

Untuk midsole,Forever Floatride Energy menggunakan midsole mereka yang diperbuat daripada TPU iaitu Floatride Foam manakala Floatride Panthea pula menggunakan Floatride Plus iaitu gabungan diantara PEBAX dan EVA sebagai midsole. Kedua-dua kasut memiliki jumlah drop yang berbeza. Forever Floatride Energy dengan stack height 29mm/19mm menghasilkan 10mm drop manakala Floatride Panthea menggunakan 8mm drop. Jadi bagi sesiapa yang cenderung heel strike disarankan menggunakan Forever Floatride Energy kerana foam lebih banyak di bahagian tumit untuk menyerap hentakan dan bagi sesiapa yang midfoot atau forefoot strike disarankan menggunakan Floatride Panthea kerana foam lebih banyak di bahagian depan kasut berbanding Forever Floatride Energy.

Untuk pengalaman larian saya bagi kedua-kedua kasut ini, jika saya boleh simpulkan dengan satu perkataan sahaja saya boleh katakan untuk kedua kasut ini iaitu kusyen. Apabila saya berlari dengan Forever Floatride Energy, sensasi yang saya paling ingat adalah midsolenya yang kusyen. Walaupun stack height pada bahagian depan kasut hanya 19mm tetapi bagi saya kusyen kasut ini sangat mencukupi untuk melindungi kaki dan menyerap hentakan ketika saya berlari di atas permukaan yang keras seperti tar jalan. Kaki saya tidak merasakan sebarang kesakitan atau lenguh ketika atau selepas berlari dengan kasut ini.

Bagi Floatride Panthea saya boleh katakan kasut ini juga mempunyai kusyen yang sangat mencukupi dan setanding dengan Forever Floatride Energy. Saya merasakan kaki saya dilindungi daripada sebarang permukaan keras ketika memakai kasut ini dalam larian. Perbezaan yang ketara di sini ialah penggunaan bahan PEBAX dalam Floatride Panthea. Tambahan bahan ini membuatkan kasut ini lebih responsif berbanding Forever Floatride Energy. Kasut ini mempunyai kesimbangan antara kusyen dan responsif. Kasut ini responsif dan ada sifat lantunan yang terkawal yang membuatkan ia sesuai digunakan ketika anda mahu berlari pada kelajuan yang lebih pantas. Jadi pada saya kasut ini serba boleh di dalam apa jua larian yang ingin anda lakukan.

Dari segi kestabilan tiada beza diantara kedua-dua kasut ini. Bagi saya kedua-dua kasut ini sangat stabil dan bagi sesiapa yang over pronate atau under pronate anda tidak akan ada masalah berlari di dalam Reebok Forever Floatride Energy atau Floatride Panthea.

Pilihan saya: Untuk bahagian midsole saya lebih cenderung memilih Floatride Panthea. Hal ini kerana bagi saya kasut ini serba boleh. Sifat midsole yang seimbang dari segi kelembutan dan responsif membuatkan kasut ini ideal untuk sesiapa sahaja yang memerlukan hanya sepasang kasut untuk larian mereka.

image is not available
Floatride Midsole

Outsole

Di sini Reebok menggunakan pendekatan yang sama di antara dua kasut iaitu menggunakan getah mereka sendiri untuk menutup keselurahan midsole. Ketahanan serta cengkaman dua kasut ini serupa.

Pilihan saya: Untuk bahagian outsole adalah seri kerana kedua kasut mempunyai outsole yang serupa.

image is not available
Keseluruhan Getah

Konklusi

Kedua kasut ini sangat bagus. Sepanjang penggunaan saya tiada kelemahan yang ketara dipamerkan oleh kedua-dua kasut, cuma apabila diberi pilihan untuk memilih salah satu saya akan memilih Reebok Floatride Panthea. Hal ini kerana kasut ini sangat serba boleh dalam apa jua tugasan larian yang dilemparkan kepada kasut ini. Namakan apa anda mahu kasut ini lakukan easy run, tempo run, recovery run semua kasut ini boleh lakukan. Kasut ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi jadi anda boleh menggunakan kasut ini dengan lebih lama. Kasut ini sangat ideal bagi mereka yang mahukan hanya satu kasut atau mempunyai masalah kekangan bajet. Jadi saya memilih Reebok Floatride Panthea sebagai pemenang untuk edisi kedua running shoes battle.


Muhammad Khairul adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.