(VIDEO) Hanya Dinikahi 8 Hari, Wanita Dicerai Suami OCD Sebab Cuci Beras Tak Ikut Cara

19 May 2022 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Instagram, hantaran video oleh seorang pengguna dari Indonesia yang memaparkan kisah perkahwinannya telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Eka Rufaidah mendedahkan bahawa dirinya telah diceraikan oleh bekas suami selepas 8 hari berkahwin.

Menurutnya, suaminya itu mengalami masalah Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang menyebabkan dia sering ‘naik angin’ walaupun pada masalah yang kecil dan remeh.

image is not available

Pada mulanya, dia tiada masalah dengan perkara itu namun lama kelamaan, OCD yang dialami suaminya semakin parah.

Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak.

Malah, suaminya turut berang apabila isterinya tidak mencuci beras mengikut caranya dan terus meminta beras itu untuk dibuang ke dalam tong sampah.

Eka kemudiannya meminta izin suami untuk pulang ke rumah orang tuanya menaiki bas. Namun, tidak lama selepas itu, suaminya menghantar pesanan Whatsapp menceraikannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) Demi 'Content', Bakar Hutan Kini Jadi Trend Di Aplikasi TikTok