Photo by Karolina Grabowska from Pexels
Anak adalah satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh semua ibubapa. Dalam perjalanan menjaga mereka, ibubapa kepada anak yang mempunyai penyakit kulit seperti eczema ini akan berdepan cabaran yang besar dan mencabar. Penyakit ini majoritinya adalah daripada keturunan dimana ibu atau bapa menghidap asma atau eczema itu sendiri. Akan tetapi kajian menunjukkan penyakit ini akan pulih ketika mereka membesar. Ada kanak–kanak yang pulih sekitar umur 4–5 tahun. Ada juga orang dewasa yang baru diserang penyakit ini tetapi tidak ramai.
Eczema boleh dirawat dan sembuh dengan menggunakan ubatan moden atau tradisional bergantung kepada kesesuaian individu tersebut. Bukan semua orang sesuai untuk mengikut sukatan atau jenis ubat yang sama. Sebagai ibubapa kepada anak eczema, terdapat beberapa tips yang boleh saya kongsikan.
Pastikan anak dibawa pemeriksaan doktor dahulu
Apabila kita meyedari anak kita mempunyai ruam merah tau kerap garu di sesuatu kawasan tertentu dengan kerap, kita harus meneliti dan membuat pemerhatian teliti. Jangan ambil masa yang lama untuk membawa kepada doktor. Biar doktor yang mengesahkan bahawa ia ruam biasa atau sejenis eczema. Apabila sudah mendapat kepastian barulah kita ikhtiar untuk perubatan yang khusus bagi anak kita.
Mengenal pasti alahan anak eczema
Anak eczema ini akan selalunya tidak tahan panas, debu, habuk dan makanan yang alergik. Kita harus mencari dan mengenal pasti anak kita alah kepada perkara atau makanan tertentu. Perkara ini dapat mengelakkan dari eczema ini merebak atau menjadi lebih teruk. Jika anak tidak boleh tahan debu atau habuk, kita mesti menjaga rumah kita supaya minimumkan kadar habuk supaya anak kita tidak diserang gatal yang teruk.
Mencari ubat dan bahan mandian yang sesuai
Seorang pesakit eczema wajib menggunakan sabun mandian yang istimewa khas untuk mereka. Kita juga harus cepat membuat tindakan memilih sabun yang sesuai dengan kulit mereka, ada juga yang tidak sesuai walaupun sabun itu khas untuk kulit yang sensitif. Ubat juga boleh kita ikhtiar dari segi ubat tradisional yang organik, atau perubatan moden bergantung kepada bajet dan kemampuan kita. Jika kita lebih bermampu, kita boleh bawa anak kita ke pakar kulit yang berdekatan.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.
