
Kota Kinabalu: Sebuah pusat seni dan budaya akan diwujudkan dalam masa terdekat untuk membantu rakyat Sabah dalam kerjaya nyanyian mereka, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
“Ia bertujuan membantu mengembangkan kerjaya nyanyian dengan lebih berkesan melalui program Sugandoi,” katanya ketika ditemui pemberita di Program [email protected] sempena perayaan Kaamatan.

